Thursday, April 22, 2010

Senario Masa Hadapan < JUS TIMUN >


Jus timun merupakan minuman rasmi kelima yang disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merasakan jus timun ini harus do kormesialkan. Timun mempunyai pelbagai keistimewaan selain mengandungi sejumlah besar air yang menjadikan makanan rendah kalori dan paling digemari mereka yang mementingkan penjagaan berat badan atau suka berdiet. Disamping itu juga timun timun boleh disasarkan kepada golongan yang kurang memilih makanan ulam seperti timun tetapi boleh mencuba dalam bentuk jus timun demi membantu menjaga kesihatan.
Oleh itu, bagi pengguna yang tidak menggemari ulaman dan sayuran, jus timun dapat dijadikan sebagai minuman sampingan yang mampu mengubah citarasa dan tanggapan mereka. Untuk penggemar jus pula, mereka boleh menjadikan jus timun sebagai jus pilihan serta menjadi amalan dalam kehidupan seharian.









No comments:

Post a Comment