Thursday, April 22, 2010

TIMUN HUP NONG 118 ( HIJAU CERAH )


Timun atau dalam bahasa latin iaitu Cucumis Sativus adalah tanaman menjalar yang mempunyai daun berangkai panjang, berbentuk lebar, dan bunga yang bewarna kuning. Buahnya berbentuk bulat, panjang, tumbuh tergantung, berwarna keputihan dan mempunyai kepanjangan 10 cm hingga 20 cm. Timun dipercayai mengandungi zat-zat Saponin (mengeluarkan lendir), protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Biji timun mempunyai khasiat vitamin E yang banyak untuk melambatkan masalah penuaan dan menghilangkan kedutan pada wajah. Kandungan serat yang tinggi berguna untuk melancarkan pembuangan air besar, menurunkan kolestrol, dan meneutralkan racun. Timun juga mengandungi Kukurbitisan C yang berkhasiat untuk meningkatkan imuniti tubuh dan mencegah penyakit hepatitis.

No comments:

Post a Comment