Thursday, April 22, 2010

TIMUN HUP NONG 118 ( HIJAU CERAH )


Timun atau dalam bahasa latin iaitu Cucumis Sativus adalah tanaman menjalar yang mempunyai daun berangkai panjang, berbentuk lebar, dan bunga yang bewarna kuning. Buahnya berbentuk bulat, panjang, tumbuh tergantung, berwarna keputihan dan mempunyai kepanjangan 10 cm hingga 20 cm. Timun dipercayai mengandungi zat-zat Saponin (mengeluarkan lendir), protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Biji timun mempunyai khasiat vitamin E yang banyak untuk melambatkan masalah penuaan dan menghilangkan kedutan pada wajah. Kandungan serat yang tinggi berguna untuk melancarkan pembuangan air besar, menurunkan kolestrol, dan meneutralkan racun. Timun juga mengandungi Kukurbitisan C yang berkhasiat untuk meningkatkan imuniti tubuh dan mencegah penyakit hepatitis.

TANAMAN TIMUN SECARA FERTIGASI

Timun yang syarikat kami pasarkan adalah timun yang ditanam secara Fertigasi yang telah diusahakn oleh PPK Merlimau Melaka. Fertigasi atau Fertigation adalah singkatan daripada perkataan "fertilization"(pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Sistem fertigasi merupakan satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titisan selama 5 hingga 10 minit sebanyak 6 kali. Penanaman dilakukan samada di dalam polibeg, tanah atau didalam apa jua bekas yang mengandungi medium tanaman. Sistem fertigasi memerlukan penjagaab yang rapi untuk mendapatkan hasil timun yang lenih berkualiti. Cara penjagaan yang diperlukan adalah seperti menggunakan sistem pengairan 'pump pressure' (berjadual). Selain itu juga tanaman timun bergantung kepada cuaca dan kawasan tanaman.

pemasaran bagi hasil tanaman timun

Pada peringkat awal, Syarikat Sinar Sdn.Bhd hanya melibatkan beberapa pemborong dalam memasarkan hasil tanaman timun keluaran PPK Merlimau. Namun pertambahan pemborong akan dilakukan jika aktiviti promosi terhadap pemborong-pemborong hasil pertanian menunjukkan kejayaan. Antara pemborong yang menjadi pelanggan Syarikat Sinar Sdn Bhd :-

  • Pasar Borong Batu Berendam
  • Pasar Besar Jasin
  • Pasar Besar Merlimau

Senario Masa Hadapan < JUS TIMUN >


Jus timun merupakan minuman rasmi kelima yang disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merasakan jus timun ini harus do kormesialkan. Timun mempunyai pelbagai keistimewaan selain mengandungi sejumlah besar air yang menjadikan makanan rendah kalori dan paling digemari mereka yang mementingkan penjagaan berat badan atau suka berdiet. Disamping itu juga timun timun boleh disasarkan kepada golongan yang kurang memilih makanan ulam seperti timun tetapi boleh mencuba dalam bentuk jus timun demi membantu menjaga kesihatan.
Oleh itu, bagi pengguna yang tidak menggemari ulaman dan sayuran, jus timun dapat dijadikan sebagai minuman sampingan yang mampu mengubah citarasa dan tanggapan mereka. Untuk penggemar jus pula, mereka boleh menjadikan jus timun sebagai jus pilihan serta menjadi amalan dalam kehidupan seharian.









PERLUKAN BEKALAN TIMUN????!!

PERNIAGAAN KAMI MENAWARKAN TIMUN HUP NONG 118
(TIMUN HIJAU CERAH)

KELEBIHAN :
 KUALITI GRED A.
 SEGAR DAN TIADA KECACATAN FIZIKAL.
 MENGANDUNGI KHASIAT VITAMIN A, B1, C DAN E.
 HARGA YANG BERPATUTAN.

SELAIN ITU KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA DAN BEKALAN TIMUN YANG SENTIASA TERJAMIN SELAMAT.

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI KAMI:
06-2610717 (PPK MERLIMAU)
017-6751276 (MOHD RAVI BIN MD LAZAM)